SEKOLAH kejuruteraan dan sains kreatif (SKSK)
Sekolah Kejuruteraan dan Sains Kreatif (SKSK) menawarkan program pengajian yang menggabungkan elemen teknikal, inovasi dan kreativiti sejajar dengan keperluan industri masa kini. Kami komited untuk melahirkan graduan yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran dunia profesional melalui pendekatan pembelajaran berasaskan amali dan projek industri sebenar.
Program-program pengajian yang ditawarkan (Kemasukan Ogos-September 2025) :
1) Diploma Kejuruteraan Elektronik
2) Diploma Rekabentuk Dalaman
3) Diploma Senibina



DIPLOMA kejuruteraan elektronik
PROGRAM kypj
KOD DAN NOMBOR RUJUKAN
Kod Program : DEE
No. Rujukan JPT : R2/0713/4/0036 (01/30)
No. Rujukan MQA : FA4470
SYARAT KEMASUKAN
Lulus SPM dengan 3 kredit : Kredit subjek Matematik / Matematik Tambahan, kredit salah satu (1) dalam subjek Sains / Kimia / Biologi / Fizik / subjek Teknikal (STEM) dan satu (1) kredit mana-mana subjek serta Lulus subjek Sejarah;
ATAU Lulus SPM dengan 3 kredit : Kredit salah satu (1) dalam subjek Sains / Kimia / Biologi / Fizik / subjek Teknikal, dua (2) kredit dari mana-mana subjek, Lulus Sejarah, Lulus dalam subjek Matematik atau Matematik Tambahan dan mendapat sekurang-kurangnya Kepujian dalam Engineering Remedial Program (ERP) dari KYPJ;
ATAU Lulus Sijil Kejuruteraan / Sijil Teknologi Kejuruteraan yang diiktiraf, Sijil Teknikal atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan mendapat sekurang-kurangnya Kepujian dalam Engineering Remedial Program (ERP) dari KYPJ.
TEMPOH PENGAJIAN
2 tahun setengah termasuk Latihan Industri (L.I)
YURAN PENGAJIAN
RM2,500 – RM4,250 per semester
PROSPEK KERJAYA
- Pembantu Jurutera Kejuruteraan Elektronik
- Pembantu Jurutera Proses
- Pembantu Jurutera Kualiti
- Juruteknik Kejuruteraan Elektronik
- Juruteknik Teknikal / Pakar Teknikal (Technical Specialist)
- Juruteknik Program (Programmer)
- Juruteknik Pengujian (Testing)
- Juruteknik Kawalan Kualiti (Quality Control)
- Juruteknik Mesin
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN
Graduan boleh menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti-universiti tempatan awam dan juga swasta.
*Tertakluk pada terma dan syarat.



DIPLOMA rekabentuk dalaman
PROGRAM kypj
KOD DAN NOMBOR RUJUKAN
Kod Program : DID
No. Rujukan JPT : R3/0731/4/0010 (01/29)
No. Rujukan MQA : FA10898
SYARAT KEMASUKAN
Lulus SPM dengan 3 kredit dalam mana-mana subjek serta Lulus Sejarah DAN Lulus Pendidikan Seni atau lulus *Ujian Portfolio bagi yang tidak mengambil Pendidikan Seni;
ATAU Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) (Tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan DAN perlu mengambil Program Pengukuhan KYPJ.
*Semasa Dalam Pengajian
TEMPOH PENGAJIAN
2 tahun setengah termasuk Latihan Industri (L.I)
YURAN PENGAJIAN
RM2,500 – RM4,250 per semester
PROSPEK KERJAYA
- Juruteknik
- Pelukis pelan
- Pelukis pelan (draughtsman) senibina dan kejuruteraan awam
- Perekabentuk lukisan berbantu komputer
- Perekabentuk dalaman (interior design)
- Pereka landskap di firma swasta
- Juruteknik bangunan
- Pelukis ilustrasi
- Pembuat model bangunan
- Penyelia tapak dan juga peluang kerja sebagai pereka set grafik dalam industri filem
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN
Graduan boleh menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti-universiti tempatan awam dan juga swasta.
*Tertakluk kepada terma dan syarat



DIPLOMA senibina
PROGRAM kypj
KOD DAN NOMBOR RUJUKAN
Kod Program : DSB
No. Rujukan JPT : R2/0731/4/0010 (08/28)
No. Rujukan MQA : FA3160
SYARAT KEMASUKAN
Lulus SPM dengan 3 kredit dalam mana-mana subjek termasuk Matematik, Lulus Sejarah DAN lulus Pendidikan Seni atau lulus *Ujian Portfolio bagi yang tidak mengambil Pendidikan Seni;
ATAU Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) (Tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan DAN perlu mengambil Program Pengukuhan (Bridging) KYPJ.
*Semasa Dalam Pengajian
TEMPOH PENGAJIAN
2 tahun setengah termasuk Latihan Industri (L.I)
YURAN PENGAJIAN
RM2,500 – RM4,250 per semester
PROSPEK KERJAYA
- Pembantu Arkitek
- Pembantu Teknikal (Senibina/Mekanikal/Elektrikal)
- Pelukis Pelan Senibina
- Pengajar Senibina
- Penyelia Tapak Bina
- 3D Illustrator
- Freelance Designer
- Perekabentuk Grafik (membuka perniagaan sendiri)
- Mengusahakan kiosk percetakan / pengiklanan
- Eksekutif Jualan (pemaju)
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN
Graduan boleh menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti-universiti tempatan awam dan juga swasta.
*Tertakluk kepada terma dan syarat