SEKOLAH PENGURUSAN & SAINS SOSIAL (SPSS)

Sekolah Pengurusan dan Sains Sosial (SPSS) Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor (KUYPJ) menawarkan pelbagai program diploma dan ijazah dalam bidang pengurusan, perakaunan dan pendidikan yang direka selaras dengan kehendak serta keperluan industri semasa.

SPSS komited melahirkan graduan yang berpengetahuan, beretika dan berdaya saing dengan memberi penekanan terhadap kemahiran praktikal, pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar serta pembangunan sahsiah dan kepimpinan pelajar.

Graduan SPSS telah berjaya menempatkan diri dalam pelbagai sektor termasuk sumber manusia, perbankan, firma perakaunan dan audit. Ramai juga yang meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi, membuktikan kualiti serta kebolehpasaran program yang ditawarkan. 

Program-program pengajian yang ditawarkan (Kemasukan Februari-Mac 2026) :

1) Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam Pengurusan Sumber Manusia (Kepujian)

2) Diploma Pengurusan Sumber Manusia 

3) Diploma Perakaunan

4) Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak 

5) Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat

IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (KEPUJIAN)

Kod Program : BHRM

No. Rujukan JPT : N/0414/6/0383 (06/32)

No. Rujukan MQA : PA17648

1) Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf, dengan minimum Gred C [Nilai Gred Mata Purata (NGMP) 2.0] dalam mana-mana dua mata pelajaran dan lulus mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), atau kelayakan yang setara dengannya; ATAU

2) Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Jayyid, dan lulus mata Pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; ATAU

3) Kelayakan Matrikulasi/Program Asasi dengan minimum Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.00 atau kelayakan yang setara dengannya; ATAU

4) Kelayakan Diploma [Tahap 4, Malaysian Qualifications Framework (MQF)] dalam bidang yang berkaitan dengan minimum PNGK 2.00; ATAU

5) Diploma Lanjutan (Tahap 5, MQF) dalam bidang yang berkaitan dengan minimum PNGK 2.00; ATAU

6) Lulus Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)/Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.50 dalam bidang berkaitan dan lulus dalam Matematik dan Bahasa Inggeris dalam SPM tertakluk kepada kelulusan Senat atau Lembaga Akademik; ATAU

7) Lulus DKM/DLKM/DVM dengan minima PNGK 2.00 DAN mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan dan lulus dalam Matematik dan Bahasa Inggeris dalam SPM.

8) Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) (semasa mendaftar atau semasa pengajian).

Nota: Untuk syarat no. 6 dan no. 7, KUYPJ akan melaksanakan saringan dan program pengukuhan yang bersesuaian dengan bidang program.

Nota: Syarat lulus mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM bagi calon no. 1 dan no. 2 boleh dikecualikan jika kelayakan tersebut mengandungi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris dan pencapaiannya setara/lebih daripada keperluan lulus mata pelajaran tersebut pada peringkat SPM.

Nota: Pelajar antarabangsa perlu mencapai skor minimum 5.5 bagi International English Language Testing System (IELTS) ATAU yang setara dengannya.

3 tahun setengah

RM 3,000 – 4,750 per semester

  • Eksekutif / Pegawai Sumber Manusia
  • Eksekutif Latihan & Pembangunan Bakat
  • Pegawai Perhubungan Pekerja / Perusahaan
  • Pegawai Pentadbiran & Operasi
  • Eksekutif Pengambilan & Pemilihan Pekerja
  • Pegawai Pampasan & Faedah
  • Pegawai Pematuhan dan Undang-undang Pekerjaan
  • Pegawai Pembangunan Organisasi
  • Perunding Sumber Manusia (HR Consultant)

Graduan boleh menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana (Master) di universiti-universiti tempatan awam dan juga swasta.

*Tertakluk pada terma dan syarat

DIPLOMA pengurusan sumber manusia

Kod Program : DSM

No. Rujukan JPT : R/0414/4/0253 (12/29)

No. Rujukan MQA : FA4416

Lulus SPM dengan 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran dan Lulus subjek Sejarah;

ATAU Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) (Tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan DAN perlu mengambil Program Pengukuhan KYPJ.

2 tahun setengah termasuk Latihan Industri (L.I)

RM2,500 – RM3,750 per semester

  • Penolong Pegawai Sumber Manusia
  • Penjawat Awam
  • Penolong Pegawai Tadbir / Awam / Swasta / Industri
  • Penolong Pegawai Keselamatan & Kesihatan
  • Jurulatih
  • Motivator
  • Penasihat Kerjaya
  • Perunding
  • Usahawan
  • Ejen Pemasaran
  • Jualan (Pemaju)

Graduan boleh menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti-universiti tempatan awam dan juga swasta.

*Tertakluk pada terma dan syarat

DIPLOMA PERAKAUNAN

Kod Program : DAC

No. Rujukan JPT : R/0411/4/0118 (11/30)

No. Rujukan MQA : FA13734

Lulus SPM dengan 3 kredit termasuk Matematik serta Lulus subjek Bahasa Inggeris dan Sejarah;

ATAU Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) (Tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan DAN perlu mengambil Program Pengukuhan KYPJ.

2 tahun setengah termasuk Latihan Industri (L.I)

RM1,750 – RM3,600 per semester 

  • Penolong Akauntan
  • Penolong Pegawai Akaun
  • Penolong Pengurus
  • Pembantu Juruaudit
  • Pegawai Bank
  • Penolong Pegawai Penaksir Cukai
  • Usahawan

Graduan boleh menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti-universiti tempatan awam dan juga swasta.

*Tertakluk pada terma dan syarat

DIPLOMA pendidikan awal kanak-kanak

Kod Program : DEC

No. Rujukan JPT : N/0112/4/0033 (08/28)

No. Rujukan MQA : PA16796

Lulus SPM dengan 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran dan Lulus subjek Sejarah;

ATAU Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) (Tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan DAN perlu mengambil Program Pengukuhan KYPJ.

2 tahun setengah termasuk Latihan Industri (L.I)

RM1,750 – RM3,600 per semester 

  • Pengusaha Taska/Tadika
  • Penyelia Taska/Tadika
  • Jurulatih Pusat Jagaan Awal Kanak-Kanak
  • Guru Taska/Tadika
  • Konsultan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Penulis Buku Kanak-Kanak
  • Penganjur Acara Kanak-Kanak
  • On-Demand Babysitter
  • Jurujual Barangan Kanak-Kanak
  • Children Story Teller

Graduan boleh menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti-universiti tempatan awam dan juga swasta.

*Tertakluk pada terma dan syarat

DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI PEJABAT

Kod Program : DOM

No. Rujukan JPT : N/0416/4/0007 (07/28)

No. Rujukan MQA : PA16686

Lulus SPM dengan 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran dan Lulus subjek Sejarah;

ATAU Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) (Tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan DAN perlu mengambil Program Pengukuhan KYPJ.

2 tahun setengah termasuk Latihan Industri (L.I)

RM1,750 – RM3,600 per semester 

  • Pegawai Eksekutif
  • Setiausaha Eksekutif
  • Pembantu Peribadi
  • Pembantu Tadbir Pejabat
  • Penolong Pengurus Operasi
  • Penyelia
  • Penganalisis Penyelidikan
  • Komunikasi Korporat
  • Perunding
  • Penyelidik Pasaran

Graduan boleh menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti-universiti tempatan awam dan juga swasta.

*Tertakluk pada terma dan syarat

MOHON ONLINE

JOM WHATSAPP!

EKSEKUTIF PEMASARAN