KEMASUKAN APRIL 2021
Sebanyak tujuh (7) program ditawarkan dan pelajar dibenarkan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan SPM 2020 untuk memohon.
Terma dan syarat menggunakan keputusan percubaan SPM 2020 berdasarkan ketetapan daripada Kementerian Pengajian Tinggi :
- Pelajar dibenarkan untuk mendaftar terus ke program sijil dan diploma yang ditawarkan oleh KYPJ dengan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan SPM atau setara.
- Pelajar dibenarkan meneruskan pengajian hanya sekiranya keputusan rasmi SPM atau setara memenuhi syarat kelayakan kemasukan minima ke program pengajian yang sedang diikuti.
- Pelajar yang mendaftar menggunakan keputusan peperiksaan percubaan SPM atau setara adalah tidak layak untuk memohon pinjaman perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Pelajar hanya layak memohon pinjaman daripada PTPTN selepas keputusan rasmi SPM diumumkan.
- Bagi pelajar yang tidak memenuhi syarat kelayakan masuk ke program pengajian yang diikuti, pelajar harus digugurkan dari program yang sedang diikuti atau bertukar ke program lain yang memenuhi syarat kelayakan masuk minima.
program-program ditawarkan :

SYARAT KEMASUKAN :
Lulus SPM dengan 3 kredit termasuk Matematik dan lulus Bahasa Inggeris ; ATAU Lulus SKM Tahap 3 serta lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 1 kredit.
TEMPOH PENGAJIAN : 2 tahun 6 bulan (termasuk Latihan Industri)
………………………………………………………………………………………
Kod Program : DAC
No. Rujukan JPT : N/344/4/0551 (11/25)
No. Rujukan MQA : MQA/PA13734
SYARAT KEMASUKAN :
Lulus SPM dengan 3 kredit dalam mana-mana subjek serta lulus Sejarah ; ATAU
Lulus SKM Tahap 3 serta lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 1 kredit.
TEMPOH PENGAJIAN : 3 tahun termasuk Latihan Industri (L.I)
………………………………………………………………………………………
Kod Program : D1
No. Rujukan JPT : R2/811/4/0243 (06/25)
No. Rujukan MQA : A6119
SYARAT KEMASUKAN :
Lulus SPM dengan 3 kredit dalam mana-mana subjek serta lulus Sejarah ; ATAU
Lulus SKM Tahap 3 serta lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 1 kredit.
TEMPOH PENGAJIAN : 3 tahun termasuk Latihan Industri (L.I)
………………………………………………………………………………………
Kod Program : D2
No. Rujukan JPT : R2/811/4/0253 (06/25)
No. Rujukan MQA : A6118
SYARAT KEMASUKAN :
Lulus SPM dengan 3 kredit dalam mana-mana subjek ; ATAU
Lulus STPM dengan Gred C dalam 1 subjek ; ATAU
Lulus STAM (pangkat maqbul) ; ATAU
Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan serta lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 1 kredit.
TEMPOH PENGAJIAN : 3 tahun termasuk Latihan Industri (L.I)
………………………………………………………………………………………
Kod Program : DSM
No. Rujukan JPT : R/345/4/0688 (12/24)
No. Rujukan MQA : MQA/FA4416
SYARAT KEMASUKAN :
Lulus SPM dengan 3 kredit : Matematik, salah satu (1) subjek Sains/Teknikal/Vokasional dan satu (1) subjek lain SERTA lulus Bahasa Inggeris dan Sejarah; ATAU
Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan serta lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 1 kredit; ATAU
Lulus Sijil Kolej Komuniti Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan serta lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 1 kredit; ATAU
Lulus STPM sekurang-kurangnya Gred C dalam 1 subjek serta lulus Matematik, Bahasa Inggeris dan 1 subjek Sains/Teknikal/Vokasional peringkat SPM.
TEMPOH PENGAJIAN : 3 tahun termasuk Latihan Industri (L.I)
………………………………………………………………………………………
Kod Program : DKM
No. Rujukan JPT : R/521/4/0100 (12/24)
No. Rujukan MQA : MQA/FA4471
SYARAT KEMASUKAN :
Lulus SPM/SPMV dengan 3 kredit dalam mana-mana subjek termasuk Matematik, lulus Sejarah ; dan lulus Pendidikan Seni atau lulus Ujian Portfolio bagi yang tidak mengambil Pendidikan Seni ; ATAU
Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan NOSS BC-050-3-Pelukis Pelan Kanan Senibina atau NOSS B-050-3-Pelukis Pelan Kanan Senibina serta lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 1 kredit.
TEMPOH PENGAJIAN : 3 tahun termasuk Latihan Industri (L.I)
………………………………………………………………………………………
Kod Program : DSB
No. Rujukan JPT : R/581/4/0035 (08/23)
No. Rujukan MQA : MQA/FA3160
SYARAT KEMASUKAN :
Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya 1 kredit dalam mana-mana mata pelajaran ; ATAU Lulus SKM Tahap 2 dalam bidang berkaitan serta lulus SPM.
TEMPOH PENGAJIAN : 1 tahun 6 bulan
………………………………………………………………………………………
Kod Program : CAD
No. Rujukan JPT : N/581/3/0095 (12/25)
No. Rujukan MQA : MQA/PA 13827
soalan-soalan lazim berkaitan kemasukan april 2021 :
Semua lepasan SPM 2019 dan ke bawah serta calon SPM 2020 layak untuk memohon.
Boleh. Merujuk Surat Jabatan Pengajian Tinggi bertarikh 11 Disember 2020 SURAT PEKELILING KETUA PENDAFTAR IPTS BIL.2/2020 : PENAMBAHBAIKAN DASAR PENGGUNAAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) ATAU SETARA BAGI TUJUAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRA-UNIVERSITI, ASASI, SIJIL DAN DIPLOMA DI INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (IPTS).
Sekiranya keputusan sebenar menepati syarat kemasukan program yang sedang diambil, pelajar boleh meneruskan pengajiannya. Jika tidak, pelajar perlu menukar program lain yang menepati syarat kemasukan daripada keputusan SPM sebenar.
Terdapat 6 program diploma dan 1 program sijil ditawarkan untuk Intake April 2021 iaitu Diploma Pengurusan Perhotelan, Diploma Seni Kulinari, Diploma Pengurusan Sumber Manusia, Diploma Perakaunan, Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk), Diploma Senibina dan Sijil Senibina.
Setiap program mempunyai syarat-syarat kemasukan yang berbeza-beza. Boleh rujuk laman web rasmi www.kypj.edu.my atau flyers rasmi KYPJ.
Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM500 sahaja manakala yuran pengajian adalah percuma untuk semester pertama.
Intake April 2021 melibatkan kemasukan awal ke dalam satu semester yang pendek selama 2 bulan sahaja. Pelajar hanya perlu mengambil 2 subjek dan didedahkan dengan kursus intensif pengukuhan kemahiran bahasa, IT dan sebagainya secara percuma sebelum sesi perkuliahan bermula.
Kuliah bermula pada 25 April 2021.
Mengikut perancangan, kuliah akan dijalankan secara online kerana mengikut arahan 6 katogeri pelajar yang dibenarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi 31 Januari 2021.
Terdapat 2 cara untuk memohon iaitu secara online dengan melayari laman web www.kypj.edu.my atau terus menghubungi eksekutif pemasaran kami melalui panggilan atau whatsapp di talian 010-7654337.