fbpx

Kerajaan Negeri Johor prihatin dalam mengurangkan beban kewangan rakyat dengan menyalurkan sumbangan yuran pendaftaran bagi pelajar baharu yang menyambung pengajian ke peringkat Sijil dan Diploma di Kolej Yayasan Pelajaran Johor dan Kolej Kemahiran Johor di bawah  Program  Galakan Sambung Belajar.

Syarat-syarat penerima Bantuan Skim Galakan Belajar adalah seperti berikut :

a) Hanya pelajar baru yang menerima surat tawaran kemasukan daripada Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) atau Kolej Kemahiran Johor (KKJ) sahaja yang layak menerima skim ini.

b) Pelajar yang menerima bantuan skim hendaklah merupakan pelajar baru semester 1 di kolej-kolej bawah Kumpulan Pendidikan YPJ.

c) Skim ini memberi keutamaan kepada anak Johor atau telah bermastautin di Negeri Johor melebihi 5 tahun.

d) Kelayakan penerima sumbangan adalah berdasarkan pendapatan perkapita (jumlah pendapatan dibahagikan dengan jumlah tanggungan)

MOHON ONLINE

JOM WHATSAPP!

EKSEKUTIF PEMASARAN