FEBRUARI 2021

Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) menawarkan 7 program diploma dan sijil bagi kemasukan April 2021. Pemohon boleh menggunakan keputusan daripada percubaan SPM 2020 dan ianya tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Program yang ditawarkan adalah seperti berikut :

1) Diploma Seni Kulinari

2) Diploma Pengurusan Perhotelan

3) Diploma in Human Resources Management

4) Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk)

5) Diploma Perakaunan

6) Diploma Senibina

7) Sijil Senibina

Untuk maklumat lanjut, hubungi 010-7654337 atau klik untuk whatsapp :

 wassap.my/0107654337/InfoUiTMIntakeMac

Bantuan komputer riba telah disampaikan oleh Pengurus Hal Ehwal Pelajar (HEP) KYPJ, Tn. Hj. Zulkarnain Bin Ya’cob di Felda Ulu Belitong dan Taman Skudai Kanan Bandar Baru UDA pada 2 & 4 Februari 2021.
 
Pelajar yang menerima sumbangan adalah Saudari Nor Hamizah binti Nor Aripin (Diploma Sumber Manusia) dan Nurin Nisa binti Ezral (Diploma Seni Kulinari).
 
Semoga bantuan yang diberikan dapat digunakan dengan sebaiknya dan penuh manfaat terutamanya bagi tujuan pembelajaran online. HEP akan terus membantu pelajar yang memerlukan bagi kelangsungan pembelajaran di KYPJ.
 
INSENTIF PENDIDIKAN B40 bagi Program Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) membolehkan anda belajar secara PERCUMA untuk Diploma Pengajian Perniagaan. Syarat-syarat :
🔸 Gabungan pendapatan ibu bapa di bawah RM4,000.
🔸 Lulus SPM dengan 3 KREDIT : Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan LULUS Sejarah.
🔸 Bumiputera.
🔸 Kemasukan Mac 2021
 
Jangan lepaskan peluang terbaik ini. Daftar sebelum 28 Februari 2021. Hubungi Eksekutif Pemasaran kami 010-7654337 untuk pertanyaan dan pendaftaran atau klik sahaja untuk whatsapp : wassap.my/0107654337/InfoUiTMIntakeMac

diSEMBER 2020

Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) telah berjaya mengekalkan penarafan lima (5) Bintang oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi sesi 2018/2019.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menggunakan instrumen Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA) dan Sistem Penilaian Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta (MyQUEST) dalam melaksanakan penarafan institusi pendidikan tinggi (IPT) Malaysia tahun 2018/2019.

Penarafan MyQUEST memberi penekanan kepada lima (5) teras utama iaitu : (i) Kualiti dan kepelbagaian pelajar, (ii) Kelestarian sumber dan kewangan, (iii) Sistem pengurusan kualiti, (iv) Pengiktirafan program, (v) Pengiktirafan graduan dan reputasi institusi.

Kejayaan mendapat penarafan lima (5) bintang MyQUEST menandakan Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) merupakan sebuah IPT yang telah mencapai tahap kualiti yang sangat berdaya saing (very competitive).

Tahniah KYPJ!

Posting FB : https://www.facebook.com/kypjofficial/posts/4966386986736918

Majlis Penyerahan Zakat daripada pihak Bank Islam kepada Kolej Yayasan Pelajaran Johor telah berlangsung di Bilik Seminar, Kolej Yayasan Pelajaran Johor.
 
Penyerahan zakat bernilai RM 10,000.00 di sampaikan oleh wakil Bank Islam Malaysia Berhad; Tn. Hj Abdullah Bin Ibrahim kepada Ketua Eksekutif Kolej Yayasan Pelajaran Johor; Tn. Hj. Muhamad Jaberidin Bin Hj. Mesron.
 
Mahasiswa Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ), Muhammad Israf Izzuddin Arbain daripada Program Diploma Pengurusan Teknologi (Semester 3) telah menjadi mangsa langgar lari di Desa Rakyat pada 3 November lalu.
 
Kemalangan mengakibatkan kaki dan pahanya patah serta tempurung kepalanya terpaksa dibuang dan ingatannya hampir hilang semuanya. Kini semua keperluan harian diuruskan ibunya, Puan Norazila Adon yang terpaksa berhenti kerja untuk menjaganya.
 
Wakil dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar KYPJ telah memberikan sumbangan berupa wang tunai bagi meringankan beban keluarga Puan Norazila. Bagi mereka yang mahu menghulurkan sumbangan boleh berhubung dengan Puan Norazila di talian 0177905336 atau boleh terus disalurkan ke akaun HSBC beliau (313458309025).
 
INSENTIF PENDIDIKAN B40 bagi Program Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) membolehkan anda belajar secara PERCUMA untuk Diploma Pengajian Perniagaan. Syarat-syarat :
🔸 Gabungan pendapatan ibu bapa di bawah RM4,000.
🔸 Lulus SPM dengan 3 KREDIT : Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan LULUS Sejarah.
🔸 Bumiputera.
🔸 Kemasukan Disember 2020 / Januari 2021.
 
Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani di antara KYPJ dan I Net Spatial Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan konsultansi dan perbekalan yang berkaitan dengan Geografi Sistem Maklumat (GIS), Teknologi Internet (IT), Rangkaian, Kartografi, Penginderaan Jauh, Hartanah, Alam Sekitar dan Hidrologi.
 
Semoga kerjasama dapat menggalakkan perkongsian pengalaman dan pengetahuan teknologi di kalangan tenaga pengajar dan pihak industri, serta membuka membuka peluang pekerjaan untuk pelajar dan graduan KYPJ sebelum memasuki industri.
 
Sebanyak ENAM (6) PROGRAM DIPLOMA ditawarkan untuk sesi kemasukan Disember 2020/Januari 2021 KYPJ :
a) Diploma Pengajian Perniagaan (UiTM)
b) Diploma Pengurusan Sumber Manusia
c) Diploma Rekabentuk Dalaman
d) Diploma Pengurusan Perhotelan
e) Diploma Seni Kulinari
f) Diploma Pengurusan Teknologi (UTM).
 
Pakej Pengajian KYPJ :
🔸 PERCUMA Yuran Pendaftaran.
🔸 PERCUMA ASRAMA untuk Semester 1.
🔸 Syarat Kemasukan MINIMA SPM 3 kredit.
🔸 PINJAMAN dan BANTUAN disediakan.
🔸 YURAN PENGAJIAN PERCUMA untuk B40 (program UiTM).
🔸 Bantuan TABUNG AMANAH untuk pelajar memerlukan.
🔸 PRASARANA KAMPUS yang lengkap.
🔸 PENSYARAH berpengalaman.
🔸 95% graduan berjaya MENDAPAT PEKERJAAN
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, klik untuk pertanyaan >>

KYPJ SOCIAL MEDIA

TELEGRAM / YOUTUBE / FACEBOOK / INSTAGRAM / TWITTER (X) / TIKTOK

CLICK :